learn wisdom by reflection, imitation and experience

Jangan Abaikan 5 Makanan Ini


Sekiranya anda dihidangkan dengan
makanan tersebut, jangan tolak atau abaikan mereka. Ini kerana makanan tersebut mempunyai nilai pemakanan yang hebat dan sangat membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya. Jom kita lihat apakah kelebihan makanan tersebut!!

Nombor 1: Lemon


Buah lemon dikatakan mampu membekalkan lebih dari 100% kandungan vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan anda untuk sehari. Vitamin C ini dapat membantu badan anda untuk meningkatkan kolesterol baik atau HDL dan juga dapat menguatkan tulang. Mengapa? Ini kerana vitamin C membantu penyerapan kalsium dalam tulang. Di dalam buah lemon juga mengandungi sejenis antioksida yang disebut flavonoids yang telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan sel kanser. Selain itu, antioksida ini juga berperanan sebagai anti keradangan yang hebat!

Tips:
Masukan beberapa hirisan lemon segar ke dalam air teh yang anda bancuh. Satu kajian juga telah membuktikan bahawa tubuh sangat efisyen menyerap antioksida sekirnya ia direndam ke dalam teh panas.. boleh lah anda cuba selepas ini 😊


Nombor 2: Brokoli
 

Brokoli sangat tinggi dengan kandungan vitamin C dan K. Keduanya amat berguna bagi kesihatan dan perlindungan tulang. Ia juga dikatakan sebagai 'nutrien wajib' yang sangat diperlukan oleh tulang. Selain itu, kedua-dua vitamin ini juga sangat membantu dalam sistem kekebalan tubuh dari serangan pelbagai patogen.

Tips:
Cara yang paling berkesan untuk memelihara kandungan vitamin di dalam brokoli dan sayuran hijau lain adalah dengan menggunakan kaedah gelombang mikro. Ia dikatakan dapat menyelamatkan sekitar 90% kandungan vitamin berbanding kaedah memasak yang lain.


Nombor 3: Coklat Gelap @ Dark Chocolate


Coklat gelap berwarna kehitaman dikatakan dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi jika diambil sebanyak suku auns (7gram) pada setiap hari. Di dalamnya juga terdapat sejenis antioksida yang dipanggil flavonoids yang mana ianya mampu menurunkan kadar kandungan kolesterol jahat (LDL) dan membantu meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam badan.


Tips :
Satu  bar sederhana coklat gelap  mengandungi flavonoids sekitar 53 miligram manakala satu bar coklat susu pula mengandungi kurang dari 14 miligram. Jadi, anda perlu tahu kenapa coklat gelap adalah lebih baik dari coklat yang telah dicampur dengan kandungan susu.


Nombor 4: Ubi Kentang


Kentang merupakan sejenis ubi-ubian yang tinggi dengan kandungan vitamin B6 yang sangat penting dan diperlukan oleh setiap sel tubuh badan dalam melakukan fungsinya dengan baik. Vitamin B6 juga memainkan peranan bagi sel-sel yang banyak terdapat pada otak manusia dalam melakukan kerja-kerja neurological. Selain itu, kentang juga mampu menjaga kesihatan jantung, mengurangkan lemak dalam badan dan juga meningkatkan keupayaan stamina seseorang.

Tips:
Jika anda sedang menurunkan berat badan, satu penyelidikan telah menunjukan bahawa ubi kentang yang disejukan sebelum dimakan membantu membakar lemak lebih 25% dari makanan yang anda sedang nikmati. Itulah salah satu kelebihan kanji anti lemak yang terkandung di dalam kentang!


Nombor 5: Bawang Putih


Bawang putih  kaya dengan  vitamin B6 dan vitamin C. Bawang putih yang berada di dapur anda tersebut merupakan penyerang terhebat kepada bacteria yang berbahaya seperti E.Coli yang banyak terdapat pada daging mentah. Ianya senang merebak  dan menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti keracunan. Terkandung didalamnya juga sejenis sulfur yang dipanggil Allium yang mampu membantu keupayaan sistem anti-radang, pencernaan, penyahtoksin, menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Tips:
Ketika memasak, anda disarankan untuk menumbuk atau melumatkan bawang putih. Ini kerana, bawang putih yang dilumatkan atau ditumbuk akan mengeluarkan lebih banyak Allium. Berjaga-jaga ketika memasak kerana kandungan zatnya akan hilang pada haba yang panas sekiranya dimasak melebihi 10 minit.

 
 
Share:

0 komen:

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support