learn wisdom by reflection, imitation and experience

Rumah Kecil (Tiny House)

Assalamualaikum w.w 😊

Setiap insan mempunyai rumah impian kan? Tipulah kalau kata TIDAK... bagi alif lah, alif mengidamkan sebuah rumah yang mempunyai fungsi yang lengkap. Ia tidak semestinya besar atau gah tapi cukuplah sekadar memiliki ruang asas untuk hidup seperti ruang tidur, memasak, tandas dan juga tempat khas istirehat. Dengan kata mudah, rumah yang alif idamkan ni sebenarnya dah lama wujud dan telahpun dipraktikan di negara barat. Di sana, rumah seperti ini dikenali sebagai "tiny house". Apa itu yang dikatakan sebagai "tiny house"??

 

Ha...ini lah sejenis rumah berkonsepkan tiny house. Ia kecil, kompak dan mempunyai fungsi lengkap sebagai rumah biasa. Tapi, mengapa memilih untuk tinggal di ruang kecil seperti ini? Ia bergantung kepada kecenderungan individu. Masing-masing mempunyai alasan tertentu kenapa memilih rumah seperti ini. Ada diantara mereka yang menjadikan rumah ini sebagai tempat rehat dan percutian, rumah singgah dan jangan terkejut kerana ada juga yang memang menetap kekal di situ. 

Bagi alif, alif memilih untuk memiliki sebuah rumah seperti ini bukanlah untuk daily life, tetapi impian untuk membinanya adalah untuk dijadikan sebagai tempat rehat atau mungkin boleh digunakan ketika waktu kemuncak seperti cuti sempena hari raya. Waktu begini biasanya rumah utama akan penuh sesak dengan adik beradik, menantu dan anak-anak saudara. Paling mustahak, sudah pastilah alif akan membinanya berhampiran dan bersebelahan dengan rumah keluarga besar alif di Terengganu... hehehehe... Inshaallah. Macam seronok je kan... Selain kegunaan peribadi dan keluarga alif, rumah kecil ni juga mungkin boleh digunakan oleh mereka yang memerlukan sebagai contoh boleh dijadikan homestay dan sebagainya.

Apa yang ada dalam rumah sekecil ni ye? Apa aktiviti yang boleh dibuat di dalam ruang yang memiliki ruang yang sangat terhad ni?



Dua gambar di atas merupakan contoh idea bagi ruang susun atur isterehat. Cukup lah sekadar menempatkan sofa yang empuk dan selesa bagi melakukan aktiviti rehat dan santai seperti membaca atau menonton movie kan..


 
 

Idea bagi ruang laluan ke dapur dan tempat memasak juga perlu diberi penekanan. Pembinaan kabinet memainkan peranan yang penting kerana ia dapat memudahkan kerja-kerja penyusunan barang supaya lebih kemas teratur dan mudah untuk digapai. Alif paling suka bahagian dapur kerana alif ni sangat suka memasak. Disinilah satu-satunya tempat untuk kita sediakan makanan kan.. jadi, tumpuan seharusnya diberikan disini. Cukuplah sekadar ada tempat untuk memasak, sinki dan kawasan kerja untuk food preparation. Bahagian-bahagian lain pula perlu direka mengikut kretiviti dan citarasa sendiri. Yang pasti, setiap bahagian yang ada perlulah mempunyai fungsi tertentu memandangkan rumah ini comel dan kecil, maka setiap sudut perlulah berfungsi dan digunakan secara maksima.



Tandas juga perlulah selesa dan tersusun sebab disinilah kawasan yang menjadi cerminan untuk seseorang. kalau tandas tu kotor dan bersepah sekaligus mencerminkan peribadi yang kurang baik bagi pemiliknya. Setuju tak??

 

Paling terakhir ialah ruang untuk tidur. Memandangkan rumah ini kecil, maka ruang tidur biasanya akan ditempatkan di bahagian atas loteng berhampiran dengan bumbung rumah. Ini bermakna, sebahagian kecil rumah ini akan didirikan satu lapisan atau tingkat khas untuk menempatkan tilam tidur yang selesa seperti ini. Nampak gayanya kenalah dirikan rumah ni di kawasan teduhan pokok kerana potensinya untuk menjadi panas ketika waktu siang hari.  

Menarik kan rumah kecil ini? Ini lah penangan peribahasa "kecil-kecil cili padi". Tiada guna rumah sebesar gunung sekiranya ia kosong dan banyak ruang yang tidak digunakan. Jadi, biarlah kecil asalkan bermanfaat untuk digunakan dan berfungsi seadanya. Sebagai kesimpulan, alif memang bercita-cita untuk dirikan rumah kecil ni di suatu hari nanti. Sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan kenangan untuk anak cucu kita nanti kan.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini...


Share:

0 komen:

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support