learn wisdom by reflection, imitation and experience

Bukan Sekadar Manisnya Bertudung


Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna ‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripada dipandang orang lain.

Dari segi syarak pula, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak. 

Hukum Memakai Hijab
Ulama bersepakat tentang diwajibkan memakai hijab ke atas setiap wanita muslimah yang telah mukallaf

Dalil kewajipan ini adalah seperti berikut:

1. Firman Allah Taala:
يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)

2. Firman Allah Taala:
وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” (surah Al-Nuur 31)

Manakala bagi wanita bukan Islam, mereka tidak diperintahkan menutup aurat kerana perintah tersebut hanya bagi wanita-wanita beriman. Ini kerana orang-orang bukan Islam tidak dibebankan dengan perkara-perkara furu’ dalam Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Begitu juga dengan memakai hijab, mereka tidak diwajibkan mematuhinya pada hukum dunia. Namun, pihak berkuasa dalam sesebuah negeri perlu sentiasa memantau perlakuan mereka agar tidak mendedahkan aurat secara melampau atau berpakaian tidak senonoh sehingga boleh mengundang pelbagai gejala sosial kepada masyarakat.


Share:

8 komen:

Ahmad Haziq Azlan said...

alifah sila pakai tudung ye

Puan Kutu said...

akk pakai hijab.hoho..

ShahzCudin said...

nice..
hrp kita ambik pesanan nih..

shiema sufian said...

mamakai hijab itu manis bagi perempuan dan ianya bagus untuk menutup aurat. Alhamdulillah

3no gr33ny said...

dan bertudung..biarlah dengan cara yang btol...yer dak tuan hamba??

QasehSuci said...

thanks atas pesanan nie...

tqaroslan said...

wanita muslim tak wajib pakai tudung..
tapi wajib tutup aurat...
=]

Nor Abdullah said...

Bismillah.. Assalamualaikum alif.Ni kak nor abdullah. ^^,) Ade nampak alif dalam WLA tp akak jarang tegur. masyaALLAH.. tabarakallah.. sungguh comel mata dudel aliff ye!! bersinar2. Moga Allah memberikan alif kejayaan dunia akhirat..
terus kan berdakwah.. Allahu bareeq fek ..

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support