learn wisdom by reflection, imitation and experience

Main Belakang Rumah

Assalamualaikum…

Disaat hujan menitis kesyahduan dan tenang ni, minda selalu didatangi memori kisah silam yang membawa suka dan duka dalam kehidupan. Samada perit atau tidak, ia sering akan menghantui kita... Alif ingin kongsikan satu cerita yang mungkin ada antara kawan-kawan di blog ni pernah mengalami nasib yang sama seperti alif.

Dulu masa alif kecik-kecik, alif ni suka sangat tolong arwah nenek buat kerja-kerja di dapur. Sebagai contoh, arwah nenek alif tersangat lah rajin buat kuih muih di waktu petang-petang macam ni. Kuih yang menjadi amalan tradisi seperti onde-onde (gula Melaka), cek mek molek, puteri mandi dan banyak lagi lah kuih muih tradisional yang menjadi pilihan hingga ke hari ini.

Bermula dari suka-suka dan ikhlas untuk menolong, minat memasak alif mula berputik bilamana arwah nenek telah meletakan kepercayaan pada alif dan kerap menyuruh alif membantu beliau melakukan kerja-kerja sampingan membuat kuih seperi menggaul adunan, membuat bulat-bulat (gula Melaka) dan macam-macam lagi lah kerja-kerja ringan.

seingat alif, alif mula aktif membantu arwah nenek melakukan kerja-kerja didapur ialah seawal umur 9 tahun.  Memang agak pelik waktu tu kerana alif sebagai anak lelaki telah tercungkil bakatnya dalam bidang masakan seawal usia kanak-kanak.  Memang waktu tu usia masih sangat mentah dan alif gembira dengan aktiviti memasak yang alif pelopori.

Alif nak dedahkan satu rahsia yang alif rasa agak kelakar untuk dikongsikan disini. Ianya berlaku sekitar usia alif 12 tahun. Waktu tu alif memang tengah gila-gila dan exited dalam bidang masakan. Hampir setiap petang alif dan adik perempuan akan main masak-masak tidak kira tempat. 

Akibat dari kerakusan alif bermain sampai tak ingat dunia, alif dimarahi ibu dan kakak kerana perbuatan alif hanya akan menyelerakkan rumah. 

"Pegi main belakang....!!!!!!!"  


Itulah ungkapan keramat yang selalu membakar jiwa alif hingga ke hari ini..

Akhirnya alif dipaksa oleh kakak yang garang untuk bermain di belakang rumah saja. Disana, alif bersama adik perempuan telah dirikan sebuah pondok yang comel dan sederhana, maka bebaslah alif untuk melakukan kerja-kerja memasak mengikut citarasa sendiri…


Di bawah pohon inilah dan di tempat ini lah yang menjadi saksi kepada segala aktiviti pondok-pondok  rahsia alif


Hingga ke satu petang, rahsia terbesar alif ni diketahui oleh guru sekolah alif . Peristiwa berlaku apabila beliau datang ke rumah untuk menjemput ibu alif ke majlis resipsi perkahwinannya. Alif pun tak tahu mengapakah cikgu alif tu meronda satu rumah untuk berjumpa dengan tuan rumah?

Ya, mungkin keadaan rumah alif pada waktu petang tu terkatup rapat seolah tiada berpenghuni. Akhirnya pondok kerdil alif lah yang menjadi tempat persinggahan mereka…maka terkantoilah aktiviti alif sebagai penggiat seni pondok-pondok… walaupun sangat malu kerana cikgu tersebut mengejek alif, tapi apakan daya sudah terkantoi makanya alif tebalkan saja muka dan redha…

Semakin dewasa, alif makin mengerti betapa pentingnya ilmu masakan bagi seseorang yang bernama manusia. Bukan sekadar mainan atau hobi, masakan menjadi satu keperluan yang tiada tandingan. Alif semakin gairah mencari dan mencungkil kebolehan diri sehingga ke satu tahap alif berani  membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang masakan di peringkat diploma. Alhamdulillah alif Berjaya bergelar pelajar jurusan hotcat yang bertauliah…

Dan kini, alif semakin dicemburui oleh teman-teman dan keluarga sendiri dek kerana kesedapan dan keenakkan masakan yang lahir dari air tangan alif sendiri. Bukan ingin memuji diri sendiri, tetapi itulah yang mereka sering perkatakan.

Syukur, kini alif hampir maju setapak lagi di mana alif bakal menjadi seorang pengkaji makanan di IPTA. Bukan alif tidak mahu menyambung di bahagian penyediaan masakan, tetapi alif kini lebih bersedia untuk mendalami apakah yang terselindung di balik 'pemakanan'.

Alif bersyukur di atas nikmat kebolehan yang Allah berikan ini dan sekarang lahirlah seorang lelaki yang minatnya dalam masakan dan pemakanan tidak perlu dirahsiakan lagi kepada sesiapa... dan segala-galanya bermula dari main-main di belakang rumah...

Share:

27 komen:

TeAqArH said...

wah...sukenye kuih tradisional..
ni nak pose senang la nak cari kuih muih....
jelesnye alif pandai masak mcm2....^_^

Afikah Aziz said...

wah jeles hehe..tahniah sbb pndai masak,laki skg dh ramai yg pndai masak kn :)

Zul Fattah said...

wooo..hebat lu bro... haha...
ni bukan budak lg ni..dah boleh jadi bapak budak dah..
haha..

hafidzyoungscientist said...

saya juga suka masak dalam kelas homeschool tapi tak mau jadi cheff masak.

akhirnya... said...

assalamualaikumm..wahhh.. hebt lah lelaki pndai mask.. ermm meti sdp aliff maskkn.. leh lah blnja ciksu mskkn alif.. (",)
salam perkenalan.. ciksu dtg nk terjah2 hehehe (",)

ciksu dh follow hope follow ciksu blk (",)

sara zainol said...

bertuah sapa yg dpt kawen ngan awk.. pandai msk.. haha ^^ skrg pandai msk lg x?

Muaz Faris said...

selamat memasak ye..!like!

zarulfarhana said...

wahhh...hebat la...apakata nnt alif masak biar saya rasa...nk rasa gak air tgn alif...hhehe...

nurul nadia nasir said...

wah wahhlagi hebat pada nadia niee..hihi masak memamng seronok!

slumberdek said...

sempoi la entry ni alif....membuatkan slumberdek pun teringan zaman kanak2 dulu. sekarang dah tua bangka dah.

zarulfarhana said...

eeeee....xrelank rasa law buat cm tue...hhhuhhhuhu

afeb pilah said...

tahniah! nanti bole ak dtg umah ko mkn sesedap..hehehe...XD

aLyA_syGS said...

wahh...terror masak la ni ea? untung laaaaa
hihihi

alif haris said...

perghh terror masak kau ni eh :D
guud2 ..
byk kegunaanya tu :)

Abu Huzaifah said...

hehe.. laki sekrang sudah ramai yg pndai masak termasuk aku... hOhO

emma said...

comei blog alif nieh.. n_n..salam perkenalan...courtesy visit dari segmen abam stalker..n_n..

Anif Abdullah| AA said...

Akhirnya terkantui..huhu..
memasak ini fun ape..kadang2,sanggup taknak balik kampung n duk sorang2 geledah dapur..well,the day mmg gasaklah.... hehehe

Edy Zaidi said...

mee goreng mamak satu...hehe

Abg Yen said...

salam...ooo suke main masak2 ye hehehe... masa pe tu

Miz Novexx said...

wah, x sangka lelaki pun suka main masak masak ek?? hihi (^__^)V

mimie saie nie said...

wah pandai masak :)

zareliqa afiqa said...

eheee~ nice entry..kcik2 dulu ske gak main cmtu..smpai x ingt nak mkn..hihi

Ahmad Haziq Azlan said...

agak2 boleh tak sambung master dalam kulinari
hohohohohoho

syrupmasin said...

perghh hebat doe kau..

Mohd Khairi Khadzir said...

smoga alif brjaya dlm bidang alif tu ok! .. (^___^)

Suhazli said...

syahdu gak baca entri alif ni..huhuhu..

ada masa dekat upm nanti masakkan untuk hez boleh?hehe

Siti Arfah said...

Alhamdulillah. :). Wah xsngke pndai masak. Bagus2.

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support