learn wisdom by reflection, imitation and experience

  • Jangan Abaikan 5 Makanan Ini

    Sekiranya anda dihidangkan dengan makanan tersebut, jangan tolak atau abaikan mereka. Ini kerana makanan tersebut mempunyai...

  • Kek Coklat Moist

    Kek coklat yang sangat gebu dan enak yang paling senang untuk dilakukan. Hanya beberapa minit sahaja untuk menghasilkannya. Jom kita cuba...

  • Bagaimana Mencari Keberkatan

    Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat? Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita...

  • Lesung PiPit Adalah Kecacatan Otot

    Lesung pipit boleh terjadi apabila otot zygomaticus utama yang terbentuk lebih pendek daripada ukuran sebenar, ataupun otot ini terbelah menjadi dua. Ketika seseorang itu tersenyum atau...

Kek Gula Hangus



Bismillah...

Kek gula hangus ni juga dipanggil kek sarang semut disesetengah tempat. Teksturnya yang kenyal dan berongga membuatkan ia kelihatan unik walaupun ade sesetengah orang takut melihatnya. Walaupun kek ni mudah untuk dibuat, tapi ia perlukan kemahiran membancuh yang betul. Takut tersalah bancuh nanti lain pula jadinya. Rasanya yang lemak manis sangat sesuai dijadikan kuih pencuci mulut dan sebagai snek minuman petang.

Jom ikut cara mudah ni 😁😁 

Resipi:

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar sodium bikarbonat
1 cawan susu pekat
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan marjerin
4 biji telur ayam saiz A

Cara-cara:

1. Ayak tepung bersama sodium bikarbonat. Ketepikan.

2. Panaskan gula dalam periuk dengan api yang paling perlahan. Tutup dengan penutup supaya cepat jadi hangus. (Tidak perlu tunggu semua gula menjadi hangus. Kalau sparuh gula yang hangus pun dah kira ok dah). Kemudian masukan air panas dan kacau sampai gula mencair. Last skali untuk part ni,  masukan marjerin. Kacau sehingga marjerin cair kemudian sejukan sebatian ni.

3. Satukan susu dan telur. Kacau gitu-gitu je. Tak perlu beriya. Kemudian masukan gula hangus yang telah sejuk tadi.

4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dah diayak tu. Kacau perlahan (kaup balik) guna sudip kayu.

5. Perap sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dibakar. Lagi lama perap lagi bagus.

6. Panaskan ketuhar pada suhu 160c dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

7. Siap dan boleh dihidang bersama insan tersayang...😊😊


Kita close up sikit....



Selamat mencuba ye..!!!😁😁😁
Share:

Pendinding Terkuat

Bismillah...

Perkongsan bagi melindungi diri dari sihir dan gangguan makhluk halus serta sebarang kejahatan dari makhluk yang zalim.

Amalkan ayat-ayat ini pada waktu menjelang malam (waktu maghrib) dan apabila terbitnya siang (waktu subuh) inshaallah akan terhindar dari sihir pada hari tersebut..

Surah al-baqarah ayat 1 hingga 5:


Allah SWT berfirman: "Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya."
(QS. Al-Baqarah: Ayat 1-5)

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Surah al-baqarah ayat 255 (ayat kursi):


Allah SWT berfirman: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"
(QS. Al-Baqarah: Ayat 255)

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Surah al-baqarah ayat 256:


Allah SWT berfirman: "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi 
Maha Mengetahui."
(QS. Al-Baqarah: Ayat 256)

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Tiga ayat terakhir surah al-baqarah ayat 284 hingga 286:


Allah SWT berfirman: "Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(QS. Al-Baqarah: Ayat 284)



Allah SWT berfirman: "Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali."
(QS. Al-Baqarah: Ayat 285)



Allah SWT berfirman: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
(QS. Al-Baqarah: Ayat 286)

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

kredit: https://www.facebook.com/shafiqmujahid/posts/1472216266129983?pnref=story










Share:

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support